Tebus.

Silap.

kita semua buat silap. Saya buat silap.
Allah beri saya peluang. Allah beri saya hadiah.
saya lalai. Saya tak jaga dengan betul. Saya gagal.

Peluang.

saya sedar silap saya. Saya cuba tebus salah saya.
tapi ujian dari Allah kali ini cukup besar.
Saya cuba. Saya cuba.
tapi saya sakit. Tapi salah saya. Silap saya sendiri.
Saya akui. Silap saya. Saya gagal.

Upaya.

Kudrat saya tak kuat. Hati saya tak kuat.
keupayaan saya berada di tahap itu sahaja.



lama saya cuba. Tapi entah kenapa.
masih gagal. Saya tak salahkan sesiapa.
Salah itu, saya sendiri.

saya berjanji untuk terus mencuba.
Terus mencuba. Sampai saya dapat
balik apa yang Allah pernah pinjamkan pada saya dulu.


tapi harapan saya makin tipis.
pandangan saya makin kabur.
jika benar ianya hanya pinjaman sementara.
saya redha. Saya kena redha.
berat hati.
tapi siapa pun tak akan pernah faham.
sebab ianya perkara terindah dalam buku hidup saya.


tak akan ada yang sama.
Kalau sampai sini sahaja pinjaman Allah pada saya.
saya terima. Berat hati. Tapi saya akan belajar untuk terima.
sebab pinjaman Allah pada saya telah mengubah hidup saya.

Saya perlu pandang ke hadapan... kan..? Saya perlu.

Harapan saya semoga ujian ini hanya sementara.
Dan semua akan kembali seperti sediakala.
harapan saya...



Comments

Aurora said…
Kita berada di situasi yg sma..adakalanya tertnya smpai bila...adakah mmg apa yg hilang hnya sekadar sementara...atau sudah tiada...
Unknown said…
Hati memg berat..mase x kan barpath kembali..hanya mamou redha..rrdhs dengsn ketentuan allah😊
Saya pernah lalui... kekuatan dtg bila kita mndekatkn diri dgn Allah....sedar kesilapan bertaubat dan terus maju ke hadapan..
Unknown said…
Doa terbaik buat mu..
Andai sudah sedar baguslah..
Andai aku jadi kamu itu juga pinta ku..
doamu agar aku mampu melangkah lagi...
kerana aku tahu suatu hari nanti pinjaman ini akan kembali padaNya..
Manakan ku ngadu lagi...

Popular Posts