July 21, 2017

Seriously?

Assalamualaikum.

I know it's been quite a while now.
But honestly, Abe dop rasa macam positif sangat lately.
Jadi, Abe macam buat keputusan untuk fokus positif kan diri sendiri dulu sebelum sibuk nak ajak orang lain untuk sentiasa positif. At least, I am honest to myself. =)

tapi Abe terpanggil untuk meluahkan pendapat dalam satu isu yang terjadi dalam industri sekarang ini.

"PETISYEN BANTAH FATTAH AMIN JADI HERO COFFEE PRINCE"

Abe macam, "whattt theeeeeee...fish"

Abe rasa ni perkara yang agak berat dari apa yang kita nampak sebenarnya.
Betapa taksub nya seseorang boleh jadi pada sesuatu perkara itu sampai sanggup sekat rezeki orang.
Okay, memang betullah, kalau dia dapat memang rezeki dia. kalau tak dapat, bukan rezeki dia.
I know that.
And that's not what I'm sad about now.
tapi kesanggupan seseorang itu untuk sekat rezeki orang. effort tu. sampai buat petisyen.
Now, that's what makes me really sad.

Kenapa sampai tahap macam tu?

did it ever occur to you that whatever that you're doing right now ni sebenarnya menyekat rezeki orang?
Perbuatan tu.


Now, imagine this.
If you get promoted at work. Pihak atasan nampak kelebihan kamu. tapi rakan sepejabat kamu tak setuju (tak kisah lah sebab dengki, tak puas hati atau memang rasa kamu tak layak). Dan sebab majoriti tak bersetuju. Kamu terlepas peluang itu. Kamu tak sedih ke? Tipu lah tak sedih. Semua kerja nak naik pangkat, gaji banyak.
Dan macam mana pula kita nak tahu kebolehan seseorang kalau tak diberi peluang?
Ada fikir tak?

Being an artist, it's really not as easy as you think it is.
Kitaorang tak ada gaji tetap. pendapatan utama kami dari hasil kerja kami (lakonan, nyanyian, etc).
Bila dapat tawaran kerja (lakonan, nyanyian, etc), itu yang kita harapkan supaya tak perlu susah hati nak fikir apa nak buat next untuk earn money.

Untuk saya huraikan tentang isu yang nampak simple ni sebenarnya boleh jadi panjang lebar dalam entry kali ni. Tapi saya nak menaip pun tak rajin sangat sebenarnya.

All I'm asking for is for you guys to THINK.
Patut ke perbuatan kauorang diluar sana tu? menyekat rezeki orang sebab obseskan sesuatu benda itu. Really?
Sayang lah kalau mentaliti orang kita kebanyakannya masih diperingkat itu.
Kalau nak buat petisyen, buat lah petisyen untuk hala tuju negara kita ni ke atau apa-apa yang berfaedah. bukan siapa layak berlakon drama apa. Kalau suka sangat drama korea tu, jangan tengok yang adaptasi melayu ni punya. tak lah tercemar "sweet memory" kauorang dengan drama tu. Senang kan?

Boleh nampak kan? orang zaman sekarang suka memberat kan isu yang ringan & meringankan isu yang berat.

To end this short entry. I'd like to apologize to those who I've offended (through this entry).
Bukan niat Abe pun. Cuma nak kita sama-sama lebih matang dalam berfikir. Abe pun banyak sahaja yang tak matang dalam pemikiran dan perbuatan. mana -mana yang kauorang perasan tu, boleh lah tegur Abe. tak ada masalah.

Apa pun.

Think Positive. Be Positive  & Stay Positive.

Abe mu,
Hafreez Adam.


No comments: