Thank You & Welcome

Assalamualaikum.

Hmm. mana nak mula ye.


Well, basically, Aku cuma nak cerita sikit apa yang aku rasa aku patut cerita.

Masa mula-mula aku start blog ni dengan Aiman back in 2011.
We were talking about life sebenarnya. and masa tengah share benda-benda yang positif tu,
terfikir, what if buat satu blog yang share benda-benda yang positif and uplifting. supaya orang-orang yang baca dapat benefits dari benda-benda yang kitaorang share. and initially, the idea was to let anyone yang nak share cerita diaorang, untuk share dekat sini juga. kalau perasan, ada satu entry dari aku dengan Haziqah together. She was the only guest writer yang ada dalam blog ni. haha.

But sedar tak sedar, blog ni dah jadi macam personal diary pula.
Aku share journey aku. Aiman share journey dia. tapi masing-masing memang akan make sure ada input dalam setiap entry tu. 
To inspire people. 
that was what we wanted to do. selain spread positivity.
But kalau perasan, lama dah bersawang blog ni. busy memanjang.
and honestly, aku tak rasa diri ni positif sangat lepas entry terakhir yang aku post few years back.
So I pretty much decided not to post/share anything selagi diri ni tak rasa positif.
nak ajak orang sebarkan vibe yang positif, diri sendiri kena positif dulu. itu mindset aku sendiri lah.




PKP/MCO

the past few weeks ni, aku banyak fikir benda-benda lama.
macam mana hidup aku dulu.
macam mana hidup aku sekarang.
banyak berubah.
and bila baca balik apa yang aku tulis dalam blog ni dulu-dulu.
hmmm.
Aku cuma rasa disappointed dengan diri aku sendiri.
aku boleh cakap, banyak benda yang aku tak buat ikut apa yang aku dah plan dulu.
susah nak explain part ni. 
but yeah.
Dulu masa mula-mula buat blog ni, then start modeling, then start berlakon pula,
all I wanted to do was to inspire people. 
sebab aku mula semua dari bawah & sendiri.
I wanted to make myself proud. and orang keliling aku rasa proud juga.
Did I achieve what I'd set myself to achieve? 
Alhamdulillah. sekarang ni, satu sahaja belum capai. lain-lain dah.
Well, tiga lah. tahun ni aku decide nak tambah dua perkara lagi untuk dicapai.

BUT.

along the way, aku rasa aku lost banyak benda. And paling penting...

I lost myself.

contoh macam my recent entry (republish), "Cuts & Battle Scars".
dulu aku share benda tu sebab nak tolong orang yang deal benda sama macam aku.
but sebab tak nak risk kan karier. aku revert balik entry tu.
Sebab tak nak orang judge, tak nak orang kecam.
So, instead of helping people that was going through the same shit, 
aku pilih untuk selamatkan diri sendiri sahaja dulu.
Selfish.
dekat situ sahaja dah nampak sebenarnya aku dah berubah sikit.

Haziqah, Aiman & Hairie pun aku macam lost juga rasanya.
I haven't talked to her (Haziqah) for years. Yes. years.
Haziqah dah kahwin dah pun, ada anak dah pun.
Aiman & Hairie, sangat-sangat jarang contact. 
Aku last jumpa Hairie, few years back tak silap.
Aiman pula, setahun, sekali sahaja jumpa. 
Ni kawan-kawan yang saved aku ni.
kawan-kawan lain tak payah ceritalah.


I've been working 24/7.
Focus aku dekat kerja sampai aku lupa benda-benda lain.
bila cuti, aku duduk rumah selalunya. jarang keluar pun.
So, kira aku lah yang tak ada effort pun nak pergi jumpa kawan-kawan aku sendiri.
haih.

Banyak lagi sebenarnya yang aku lost.
but macam aku cakap tadi.
bila PKP ni, aku banyak masa terluang. aku baca sendiri balik posts yang aku tulis dulu.
Aku sedar gap antara Hafreez dulu dengan Hafreez sekarang.
And aku disappointed dengan diri sendiri.
And I've been doing a lot of thinking.
Aku nak cuba dapatkan balik Hafreez yang dulu tu.
So, aku start dengan cuba untuk jadi as transparent as I can or allowed to be.
Hence, why I decided to republish "Cuts & Battle Scars".
Itu adalah antara perkara yang paling personal untuk aku.
But, decided to share it, sebab aku nak tolong orang lain and to inspire people juga.

Selalunya orang cakap, jadi celebrity ni best.
Ye, best. tapi ada benda yang tak bestnya juga.
Sama sahaja macam kerja-kerja lain.

Sekarang ni, aku nak bawa kauorang ikut journey aku.
Selamat datang.
Sekarang kauorang boleh tahu serba sedikit kehidupan aku macam mana.
What happened behind the camera.
How I handled things off/on camera.
Termasuklah kawan-kawan dalam industri yang bermuka-muka.
pergaduhan on & off set yang orang luar tak tahu.
Macam-macam lah jadi since 2014.
Kadang-kadang nampak tenang sahaja kan?
Tak sebenarnya.


Dalam hidup ni.
ada benda yang kita akan dapat,
tapi, ada benda yang kita akan hilang juga.

Kita boleh pilih. 
nak dapat mana, simpan mana & hilang mana.

And I didn't realize that before.
But it's never too late to start pun.

Sekarang ni, aku cuba susun semula focus aku.
aku bagi masa 2-3 tahun untuk laksanakan semua tu.
Tolong doakan aku berjaya.

Dan pada semua yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat,
Please know that I, Hafreez Adam, appreciate it so much. You guys are amazing.
Aku dapat banyak gila DMs yang share masalah diaorang.
You guys are strong too. remember that. 
Have faith in yourself and God.
Hang in there a lil' longer.
Things are gonna get better.





#BeNiceToOneAnother #StayStrong #WeSmile.

Hafreez Adam

Comments

Miss_hizumashi said…
Tak perlu pon nak jadi yg dulu balik.. JUST create a new identity .. jadi Hafreez yg baru �� and do better dari yg sebelum ni ....
Jangan patah balik.. move forward jer bro... you can do it.... yg penting kekal motivasi ... konsisten do... �� create your new identity... means jadi lain dari yg lain., be unique ��

Popular Posts